Hapuskan sistem fi untuk AP - Utusan Malaysia

Hapuskan sistem fi untuk AP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 4 Jun – Kerajaan Pakatan Harapan diminta menghapuskan sistem fi sebanyak RM10,000 untuk permit import (AP) terbuka bagi membantu industri automotif.

Pengerusi Eksekutif Mutiara Motors, Datuk Ahmad Kemin berkata, pelaksanaan sistem fi itu sejak 2010 sedikit sebanyak telah memberi kesan dan menjejaskan prestasi pengusaha automatif Bumiputera termasuklah syarikat miliknya.

“Kita harap kerajaan yang baharu ini dapat menghapuskan sistem fi sebanyak RM10,000 bagi setiap unit AP terbuka, di mana sehingga kini kita telah membayar lebih RM40 juta kepada kerajaan terdahulu.

“Jumlah berkenaan sangat membebankan peniaga yang sebelum ini turut dibebani cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus,” katanya diremui dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Kumpulan Mutiara Motors dan Yayasan Sayang Mutiara di sini, malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN