Hapus monopoli Bernas dibincang - Utusan Malaysia

Hapus monopoli Bernas dibincang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan rundingan ber­sama Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) bagi memecahkan monopoli syarikat itu yang kini mengawal import tahunan 900,000 tan metrik beras ke Malaysia.

Menterinya, Salahuddin Ayub ber­kata, sebuah badan induk dan tiga jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk membentuk satu model baharu bagi menggantikan peranan Bernas yang merupakan pengimport tunggal beras ke negara ini.

Menurutnya, jawatankuasa tersebut berpe­ranan untuk menyediakan model baharu berhubung pembekalan beras dalam negara dan import komoditi itu untuk dikemukakan kepada badan induk yang akan dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Badan induk ini dianggotai oleh saya sendiri; Menteri Kesihatan, Dr. Dzul­kefly Ahmad; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Perdaga­ngan Antarabangsa dan Industri yang namanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini