SAUDARA PENGARANG, SAYA perhatikan rata-rata peminjam bukan Melayu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menolak saranan menangguhkan bayaran balik atas apa juga alasan malah lebih suka jika kerajaan mempromosikan sistem biasiswa sekiranya lulus cemerlang. Kebanyakan peminjam yang seronok boleh tangguhkan pembayaran malah tidak lagi disenarai hitam Jabatan Imigresen adalah anak Melayu, sungguh memalukan. Rakan-rakan anak saya sendiri berjoli sakan dengan duit pinjaman mereka untuk membeli gajet, barang berjenama dan melancong…










