Hanya 648 pekerja Bangladesh masuk Malaysia sebelum PRU-14 - KDN - Utusan Malaysia

Hanya 648 pekerja Bangladesh masuk Malaysia sebelum PRU-14 – KDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan kemasukan 80,000 kuota pekerja asing warganegara Bangladesh ke Malaysia, tiga hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lepas. 

Dalam kenyataan hari ini, KDN berkata, semakan rekod pihaknya menunjukkan hanya seramai 648 pekerja asing negara berkenaan telah diluluskan pada 7 dan 8 Mei lalu.

Katanya, pengambilan pekerja asing dibenarkan dari 15 buah negara sumber dan pemilihan negara sumber pekerja asing adalah bergantung kepada keperluan majikan sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan tetap komited untuk menyediakan peluang pekerjaan dan mengutamakan pengambilan pekerja tempatan.

“Walau bagaimanapun, sekiranya majikan gagal untuk mendapatkan pekerja tempatan, kerajaan akan mempertimbangkan permohonan penggajian pekerja asing bagi sektor-sektor yang dibenarkan mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada,” katanya. 

Dalam pada itu, KDN menegaskan pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melakukan sebarang penyalahgunaan berkaitan sistem kemasukan pekerja asing ke negara ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini