DALAM satu sidang akhbar baru-baru ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan hasrat beliau untuk memegang jawatan Perdana Menteri selagi rakyat memberikan mandat dan selagi beliau mampu menjalankan tugas tersebut. Rata-rata rakyat begitu mengharapkan serta berdoa agar Dr. Mahathir dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat menjalankan tugas dengan sempurna sehingga ekonomi Malaysia pulih semula. Apabila rakyat memilih kerajaan baharu menerajui negara bermakna secara tidak langsung rakyat mahukan kepemimpinan Dr. Mahathir memulihkan…









