Hak akses internet secara menyeluruh - Utusan Malaysia

Hak akses internet secara menyeluruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia mahu hak mendapatkan akses kepada internet menjadi salah satu hak asasi yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, cadangan tersebut akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat bagi memastikan seluruh rakyat Malaysia mendapat maklumat dengan mudah melalui capaian internet.

“Kita ada undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan yang memang ada disebut tentang hak-hak tertentu termasuk hak kebebasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, saya mahu mencadangkan supaya hak akses kepada internet menjadi salah satu perkara yang menjadi keutamaan dalam perlembagaan bagi memastikan seluruh rakyat negara ini terutama yang tinggal di kawasan terpencil mendapat capaian internet secara menyeluruh,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di sini.

Menurut beliau, hak yg dijamin dalam perlembagan itu bermaksud kerajaan negeri dan dan persekutuan perlu melakukan usaha-usaha tertentu untuk membawa internet secara meluas di seluruh negara merangkumi perkhidmatan internet berkelajuan tinggi.

Dalam pada itu, beliau berkata, buat masa ini belum ada akta khusus berhubung hak mendapatkan kepada akses internet.

“Bagi saya, ini perkara yang membawa manfaat untuk semua rakyat dan ia tidak membabitkan isu politik tetapi usaha dalam memastikan seluruh rakyat Malaysia dapat akses kepada Internet,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini