Hafizh, Petronas kembali bersatu - Utusan Malaysia

Hafizh, Petronas kembali bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELUMBA harapan negara yang mewakili pasukan Monster Yamaha Tech3, Hafizh Syahrin Abdullah dikhabarkan akan kembali bekerjasama dengan pengeluar minyak terkemuka dunia, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan.

Spekulasi itu timbul selepas Tech3 memutuskan untuk mengakhiri kerjasama dengan Yamaha setelah hampir 20 tahun menjadi penaja utama dalam saingan MotoGP.

Pasukan yang dibangunkan oleh Herve Poncharal itu kemudian mengikat kerjasama dengan pengeluar dari Austria, KTM sebagai pasukan satelit mereka mulai musim depan.

Hafizh bukan sahaja dikatakan akan kekal mengemudi jentera Yamaha M1 tersebut, malah Yamaha akan menubuhkan pasukan satelit di mana Petronas akan menjadi penaja utama.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali telah terbang ke Mugello, Itali bagi membincangkan perkara tersebut bersama penganjur MotoGP, Dorna namun inti pati perbincangan masih belum didedahkan.

Disember tahun lepas Petronas menghentikan tajaan ke atas Hafizh kerana pengeluar minyak itu mahu memberi fokus kepada program pembangunan akar umbi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN