Habib Jewels sasar jualan naik 30% - Utusan Malaysia

Habib Jewels sasar jualan naik 30%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Jun – Habib Jewels Sdn. Bhd. mengunjurkan peningkatan jualan sebanyak 30 peratus dalam tempoh tiga bulan bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2018 sebelum cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan semula pada 1 September.

Pengarah Urusan Habib Jewels, Datuk Meer Sadik Habib berkata, sebelum ini barang kemas dikategorikan sebagai produk sifar peratus SST dan beliau berharap kerajaan akan mengekalkannya.

Katanya, unjuran jualan itu akan didorong pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar sifar peratus yang akan mengurangkan harga produk.

“Berdasarkan rekod jualan sebelum perlaksanaan GST pada kadar enam peratus, Habib Jewels merekodkan pertumbuhan jualan kira-kira 30 peratus justeru yakin untuk mengekalkan momentum itu semula.

“Jualan dalam tempoh tiga bulan ini dijangka kukuh berikutan sentimen pengguna yang positif dan pe­ningkatan transaksi perbelanjaan bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pelaksanaan GST yang dikenakan pada kadar sifar peratus pada 1 Jun akan digantikan dengan SST mulai 1 September ini.

Harga emas semalam dilaporkan RM205 satu gram dan hari ini turun kepada RM193 (satu gram) susulan GST pada kadar sifar peratus.

Ujar Meer Sadik lagi, pihaknya menjangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan membeli jongkong emas dan barang kemas sebagai aset pelaburan.

“Sifar peratus GST akan memberi kelebihan kepada Malaysia sebagai destinasi membeli-belah barang kemas pada kos yang rendah” katanya.

Dalam pada itu, Habib Jewels akan mengadakan promosi tiga hari ‘Bazar Ramadan’ bermula 1 sehingga 3 Jun ini yang menyaksikan beberapa cawangan terpilih akan melanjutkan tempoh perniagaan sehingga pukul 10 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN