KUANTAN 13 Jun – Seorang guru wanita dari Pekan dekat sini kerugian sebanyak RM108,380 selepas diperdaya sindiket pinjaman wang di laman sosial Facebook sejak dua bulan lalu. Mangsa berusia 43 tahun pada mulanya tertarik dengan skim yang ditawarkan atas nama Pinjaman Peribadi Koperasi dan hanya mahu membuat pinjaman peribadi sebanyak RM20,000. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa kemudian meletakkan nombor telefon di ruangan…










