TOKYO 22 Jun – Gunung berapi Shinmoedake yang terkenal menerusi filem James Bond pada sekitar tahun 60-an meletus hari ini sejak kali pertama letusan berlaku pada April lalu.
Asap tebal kelihatan dari gunung berapi Shinmoedake yang terletak antara wilayah Miyazaki dan Kagoshima, Jepun, hari ini. – Reuters
Letusan tersebut menghamburkan asap beberapa meter ke udara, seminggu selepas kejadian gempa bumi menggegarkan barat negara ini.
Aktiviti Shinmoedake yang terletak di kawasan pedalaman kira-kira 985 kilometer dari Tokyo di kepulauan Kyushu reda sejak April lalu walaupun larangan ke gunung setinggi 1,421 meter itu masih dikuatkuasakan.
Imej di televisyen menunjukkan asap dan debu dari gunung tersebut selain batu yang tercampak sejauh 1,100 meter dari gunung terbabit. – Reuters










