ESCUINTLA, Guatemala – Letupan gunung berapi Fuego kelmarin terus mengeluarkan lumpur dan debu dengan jumlah kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 99 orang. Risiko bahaya letusan gunung berapi setinggi 3,763 meter itu menyebabkan operasi pasukan menyelamat terhalang selepas mengeluarkan lava pada Ahad lalu sekali gus menimbus seluruh perkampungan di selatan Guatemala. Agensi Sains Forensik Kebangsaan dalam satu laporan berkata, rumah mayat setakat ini telah menerima 99 mayat yang terbunuh akibat letusan itu.…









