BANGI – Kementerian Sumber Manusia menjangka dunia pekerjaan di Malaysia akan beralih secara beransur-ansur kepada sektor automasi dalam usaha mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing. Menterinya, M. Kulasegaran berkata inisaitif itu mencontohi langkah diambil negara maju seperti Jerman, yang menggunakan kemahiran teknologi dalam beberapa sektor pekerjaan. “Saya difahamkan penternakan itik di Jerman kini tidak lagi menggunakan tenaga manusia. 100 peratus automasi dan dia boleh, kenapa kita tak boleh?” katanya kepada pemberita…










