Abah pesan selitkan ilmu dalam karya - Opie Zami - Utusan Malaysia

Abah pesan selitkan ilmu dalam karya – Opie Zami

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Opie Zami, 51, memegang pesanan arwah ayahnya, Zami Ismail agar menyelitkan ilmu dalam setiap karya yang dipersembahkan kepada penonton.

Kata Opie atau nama sebenarnya, Muhammad Saufi Zami perkara itu membuatkan dia sentiasa berhati-hati dalam berkarya.

“Siapa ingat arwah abah Mat Rock?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Arwah abah pesan, berkaryalah dengan sesuatu manfaat yang boleh dikongsikan pada penonton.

“Jangan hasilkan sesuatu untuk hanya menghibur saja, tapi selitkan ilmu.

“Arwah Abah buat saya berhati-hati. Al Fatihah buat Pak Uda atau abah,” katanya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai komen netizen dengan muncul dalam kalangan selebriti yang menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah termasuk Haiza Hanafi.

Zami atau lebih dikenali sebagai Pak Uda meninggal dunia pada 19 Jun 2011 akibat masalah jantung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini