Guna kuda bantu pesakit stres urus emosi - Utusan Malaysia

Guna kuda bantu pesakit stres urus emosi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 27 Jun – Seorang penjinak kuda, Fernando Noailles di pergunungan Guadalix di sini menggunakan haiwannya membantu pesakit yang menderita akibat tekanan dan kebimbangan mengurus emosi mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lelaki berusia 57 tahun itu yang tinggal bersama sekawan kuda di hutan rimba Patagonia selama bertahun-tahun, menggunakan haiwan berkenaan sebagai satu kaedah bagi pesakit mengenal pasti dan mengawal emosi mereka.

Pesakit yang datang ke sesi tersebut meluangkan masa bersama kuda itu dan belajar melalui pergerakan haiwan berkenaan me­ngenai keadaan mental yang sedang mereka alami, kata Noailles yang me­ngenakan bayaran sehingga 120 euro (RM558) untuk setiap sesi.

“Kuda itu umpama cermin. Mereka adalah haiwan yang suka bersosial dan dilahirkan untuk hidup dalam kawanan,” katanya.

Terapi berkenaan merangkumi pemantauan tindak balas kuda terhadap emosi pesakit.

Katanya, dengan melihat reaksi kuda tersebut, pesakit belajar me­ngenal pasti dan mengawal emosi mereka.

“Untuk sesi pertama, pesakit yang berada dalam keadaan mental tidak stabil akan melihat kuda itu terus bergerak dan melompat.

“Kuda itu sedang menunjukkan kepada anda keadaan minda yang tidak tenang, sedang terseksa,” katanya.

Seorang pesakit, Loreto Garcia menghabiskan masa selama dua tahun menyertai sesi bersama Noailles untuk membantunya mengatasi masalah tekanan.

“Fernando melihat tindak balas kuda tersebut kemudian dia boleh beritahu jika saya tenang atau tidak dan bagaimana perasaan saya. Dia menggunakan kuda itu sebagai panduan untuk mengetahui bagaimana proses sesi itu berjalan,” katanya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini