KUANTAN 28 Jun – Para perwakilan UMNO perlu menggunakan kuasa undi mereka untuk menentukan barisan kepemimpinan terbaik tanpa perlu berpandukan kepada senarai nama calon yang perlu diundi atau ‘cai’ jika ada diedarkan oleh mana-mana pihak di peringkat atas menjelang pemilihan parti itu, Sabtu ini. Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, biarlah perwakilan di peringkat akar umbi yang menentukan barisan kepemimpinan parti berkenaan supaya keputusan pemilihan kali ini mencerminkan kehendak rakyat.…










