KUALA LUMPUR 9 Jun – Pasaran jualan kenderaan meningkat sehingga mencapai jualan lima kali ganda dalam masa sehari sejak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) disifarkan pada 1 Jun lalu. Pengerusi Persatuan Pengimport dan Penjual Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abd. Rahman berkata, peningkatan itu berlaku kerana harga kereta semakin rendah selepas kadar GST disifarkan. “Dulu apabila kadar GST enam peratus harga kereta naik dan kurang mendapat sambutan tetapi apabila…