JOHOR BAHRU 4 Jun – Prospek pasaran hartanah negara dijangka kembali meningkat berikutan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar sifar peratus berkuat kuasa pada Jumaat lalu. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Berhad, Datuk Khor Chap Jen berkata, langkah terbaharu kerajaan itu dilihat mampu meningkatkan semula sentimen pembeli terutama dalam kalagan golongan muda dan pembeli rumah kali pertama. “Pasaran hartanah sejak tiga tahun kebelakangan ini sedikit mencabar…










