KALININGRAD, Rusia 17 Jun – Gol sendiri dan penalti memberikan permulaan yang selesa untuk Croatia di Piala Dunia apabila menundukkan Nigeria 2-0 dalam pertembungan Kumpulan D di Stadium Kaliningrad sebentar tadi. Tandukan terbang daripada Mario Mandzukic menyebabkan bola tertampan ke pemain tengah Nigeria Oghenekaro Etebo sebelum ia menerjah masuk ke gawang gol sendiri pada minit ke-32, sekali gus membolehkan Croatia di depan pada babak pertama. Luka Modric kemudian menggandakan jaringan Croatia menerusi sepakan penalti pada minit ke-71 susulan pertahanan Nigeria William Troost-Ekong mengasari Mandzukic. Kemenangan tersebut membolehkan Croatia berada di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya