SOCHI – Pemain tengah Jerman, Toni Kroos menebus kesilapan dengan meledak gol kemenangan dramatik pada saat-saat akhir perlawanan untuk menewaskan Sweden 2-1 pada aksi Kumpulan F di Stadium Fisht awal pagi semalam. Skuad kendalian Joachim Low itu ketinggalan 0-1 pada minit ke-32 menerusi jaringan Ola Toivonen selepas hantaran yang cuba dilakukan Kroos tidak menjadi. Peluang tersebut digunakan sebaiknya oleh Sweden yang melakukan serangan balas pantas. Bermula separuh masa kedua, Jerman…










