SOCHI, Rusia 29 Jun – Gandingan pertahanan terbaik Uruguay pada Piala Dunia setakat ini, bersedia menggalas tanggungjawab berat untuk menghalang seteru lamanya, Cristiano Ronaldo apabila Uruguay dan Portugal bertemu di Sochi, Ahad ini (awal pagi waktu Malaysia). Laut Hitam bakal menjadi saksi kepada pertembungan derby Madrid yang menemukan dua bintang Atletico iaitu kapten Uruguay, Diego Godin, dan Jose Maria Gimenez menentang pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or tersebut yang juga…










