ATAS kertas menunjukkan pasukan Selangor sudah berada sebelah kaki untuk beraksi di pentas akhir selepas skuad Gergasi Merah itu berjaya menundukkan kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) 4-0 bagi aksi pertama separuh akhir Piala FA di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam kelmarin. Aksi import Gergasi Merah, Rufino Segovia yang pernah bermain untuk Atletico Madrid semakin memuncak apabila dia berjaya melakukan hatrik sebelum hantarannya pada minit ke-64 turut membantu kemenangan…










