MARANG – Geng Jepun yang disyaki aktif dalam aktiviti mencuri kabel telekomunikasi dan bateri di sekitar Marang, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu lumpuh dengan penahanan tujuh anggotanya di sekitar daerah ini baru-baru ini. Penahanan kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 42 tahun dipercayai dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 12 kes kecurian kabel telekomunikasi dan bateri di kesemua daerah berkenaan sejak setahun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam…










