Gandakan Kebaikan Tropicana Twister tawar RM1,000 setiap hari - Utusan Malaysia

Gandakan Kebaikan Tropicana Twister tawar RM1,000 setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Jun – Peminat setia air minuman berjenama Tropicana Twister berpeluang meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih meriah menerusi peraduan ‘Gandakan Kebaikan Tropicana Twister’ yang menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 setiap hari selama 41 hari bermula 21 Mei sehingga 30 Jun ini. 



Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., T. S. Santharuban berkata, peraduan yang dilaksanakan menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM141,450 merangkumi 50 pemenang setiap hari. 



Katanya, pelanggan yang berminat hanya perlu membeli satu daripada mana-mana produk Tropicana Twister di cawangan yang mengambil bahagian seluruh negara dan menghantar maklumat resit serta latar belakang diri menerusi SMS di samping menyimpan resit tersebut sebagai bukti pembelian.

“Tujuan utama kami mengadakan kempen peraduan SMS Gandakan Kebaikan ini adalah untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia yang telah menjadikan Tropicana sebagai satu daripada jenama jus terbaik dalam negara.

“Ini merupakan salah satu cara untuk kami berterima kasih dan menghargai pelanggan bukan sahaja dengan memberikan kebaikan jus Tropicana semata-mata, namun dalam masa yang sama memperoleh hadiah menarik setiap hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN