Gandakan Kebaikan Tropicana Twister tawar RM1,000 setiap hari - Utusan Malaysia

Gandakan Kebaikan Tropicana Twister tawar RM1,000 setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Jun – Peminat setia air minuman berjenama Tropicana Twister berpe­luang meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih meriah menerusi peraduan ‘Gandakan Kebaikan’ yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 setiap hari selama 41 hari bermula 21 Mei sehingga 30 Jun depan.

 

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., T. S. Santharuban berkata, peraduan yang dilaksanakan menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM141,450 me­rangkumi 50 pemenang setiap hari.

Katanya, pelanggan yang berminat hanya perlu memberi satu daripada mana-mana produk Tropicana Twister di cawangan yang mengambil bahagian seluruh negara dan menghantar maklumat resit serta latar belakang diri menerusi SMS di samping me­nyimpan resit tersebut sebagai bukti pembelian.

“Tujuan utama kami me­ngadakan kempen peraduan SMS Gandakan Kebaikan ini adalah untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia yang telah menjadikan Tropicana sebagai satu daripada jenama jus terbaik dalam negara.

“Ini merupakan salah satu cara untuk kami berterima kasih dan menghargai pe­langgan bukan sahaja dengan memberikan kebaikan jus Tropicana semata-mata, namun dalam masa yang sama memperoleh hadiah menarik setiap hari.

“Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan ini de­ngan melayari laman sesawang Tropicana di www.tropicana.com.my,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Santharuban berkata, Tropicana Twis­ter merupakan minuman jus paling terbaik dan sesuai untuk diminum ketika berbuka puasa.

“Majoriti rakyat Malaysia sedang membuat persediaan meraikan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dan sememangnya sentiasa mencari-cari pilihan minuman terbaik bagi membasahkan tekak semasa berbuka puasa.

“Untuk itu, Tropicana menjemput pelanggan untuk menikmati minuman Tropicana Twister yang diperkayakan dengan vitamin dan jus asli. Bagi pihak Kumpulan Etika, kami juga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam,” ujar beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN