KOTA BHARU 5 Jun – Seramai 60 anak-anak yatim dan warga emas diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa Pasar Raya G-Orange Mall, di sini hari ini. Penerima sumbangan tersebut terdiri daripada murid Sekolah Kebangsaan Othman Talib 1, Tendong, Pasir Mas dan penghuni Rumah Seri Kenangan, Pengkalan Chepa dekat sini. Kesemua mereka turut menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri berupa wang tunai dan hamper. Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan Pengerusi pasar raya tersebut,…










