KUALA LUMPUR – Fortinet Inc. (Fortinet) bersedia untuk terus bekerjasama dengan kerajaan menerusi agensinya bagi menawarkan produk penyelesaian keselamatan siber keluaran syarikat sebagai perlindungan daripada ancaman digital. Fortinet merupakan peneraju global dalam penyelesaian keselamatan siber yang luas, bersepadu dan automatik. Pengurus Negara Fortinet Malaysia, Alex Loh (gambar) berkata, ketika ini, sektor kerajaan merupakan antara tiga segmen penyumbang utama kepada perolehan syarikat, selain telekomunikasi dan perkhidmatan kewangan. “Sektor kerajaan menyumbang kira-kira…










