Flash pintar Canon Speedlite 470EX-AI - Utusan Malaysia

Flash pintar Canon Speedlite 470EX-AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGI pencinta fotografi, mereka pasti memahami kegunaan flash atau denyar kamera. Ia sangat diperlukan ketika merakam gambar di tempat yang kurang pencahayaan.

Justeru, Flash Canon Speedlite 470EX-AI dapat memenuhi keperluan serba guna pengguna baharu dan yang sudah mahir dengan dunia fotografi.

Peranti yang menerima pengiktirafan Inovasi Gambar Terbaik daripada Technical Image Press Association Awards 2018 (TIPA) itu adalah flash pertama di dunia yang menggunakan teknologi Auto Intelligent (AI) Bounce.

Memuatkan artikel berkaitan…

Fotografi pantulan denyar ialah teknik flash yang diarahkan jauh daripada subjek dan melantun ke dinding atau siling untuk mencipta kecerahan semula jadi dalam gambar.

Lazimnya teknik ini digunakan untuk merakam subjek dengan pencahayaan yang lembut dan semula jadi.

Dilengkapi dengan sensor dan motor, Canon Speedlite 470EX-AI dapat mengesan subjek yang berada jauh dan secara automatik menyesuaikan flash untuk memberikan pengguna sudut pantulan optimum dan pencahayaan sempurna.

Ia mempunyai dua mod iaitu auto penuh dan auto separa.

Mod auto penuh sesuai untuk mereka yang baharu dalam seni fotografi flash kerana ia boleh dilaraskan secara automatik untuk sudut pantulan optimum menurut subjek jurugambar.

Sementara itu, mod separa auto memberikan kebebasan untuk pengguna melaraskan sudut flash untuk disesuaikan dengan jenis kecerahan yang mereka inginkan.

Speedlite 470EX-AI akan kembali ke sudut asal untuk mencapai cahaya yang sama tanpa mengira orientasi kamera potret atau landskap.

Dengan nombor panduan 47, Speedlite 470EX-AI dianggap sangat berkuasa dalam memberi cahaya kepada subjek dan tetapan mereka.

Digabungkan dengan capaian flash daripada 14 milimeter (mm) hingga 105mm, ia mampu menampung pelbagai adegan jarak dan sudut yang berbeza.

Flash Canon Speedlite 470EX-AI kini boleh didapati di kedai Canon Image Square dan penjual Canon terpilih di seluruh negara pada harga RM1,949 seunit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini