MARAN 27 Jun- Felda United dan Johor Darul Takzim II (JDT II) berkongsi mata selepas mencatat keputusan seri 2-2 dalam saingan Liga Perdana di Stadium Tun Abdul Razak (STAR) Jengka di sini malam ini. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi hambar pada 25 minit pertama perlawanan dengan masing-masing menemui jalan buntu untuk menjaringkan gol. Tuan rumah terlebih dahulu mempunyai peluang untuk mendapatkan gol pertama namun Gilberto Fortunato gagal manfaatkan peluang keemasan di…










