Fatimah terima tempahan 30,000 biji ketupat - Utusan Malaysia

Fatimah terima tempahan 30,000 biji ketupat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 5 Jun – Seorang pengusaha ketupat dari Kampung Banggol Chicha di sini menerima tempahan lebih 30,000 biji makanan tradisional itu untuk dihidangkan pada 1 Syawal.

Fatimah Ibrahim, 46, berkata, kerja-kerja menyiapkan tempahan itu sudah dimulakan sejak hari pertama umat Islam mula berpuasa bersama enam pembantu.

“Proses membuat ketupat ini dilakukan sepenuhnya oleh saya termasuklah penyediaan bahan-bahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sementara, kerja-kerja membungkus ketupat dilakukan oleh pembantu dan kesemua mereka ini sudah mahir dengan kerja-kerja tersebut,” katanya.

Fatimah memberitahu, kesemua tempahan itu diterima sebulan sebelum kedatangan Ramadan.

Katanya, dia sudah menutup sepenuhnya tempahan kerana sudah tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan.

“Setiap hari proses penyediaan ketupat ini bermula seawal pukul 4 pagi dan selesai kerja-kerja pembungkusan kira-kira pukul 4 petang.

“Kesemua ketupat yang sudah siap dibungkus disimpan dalam peti sejuk beku sebelum dikukus dua hari terakhir Ramadan,” ujarnya.

Tambahnya, sepanjang Ramadan tahun lalu dia menerima tempahan sekitar 20,000 biji ketupat namun meningkat kepada 10,000 biji bagi tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini