Kuala Lumpur-Filem seram psikologi Indonesia, Juminten Edan, bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 15 Oktober ini dengan mengetengahkan konflik kekeluargaan dan trauma seorang wanita sebagai teras penceritaan.
Pengarahnya, Jonathan Ozoh yang bergandingan dengan Dedy Mercy, berkata filem berkenaa bukan sekadar menampilkan elemen seram, sebaliknya memberi tumpuan kepada tekanan emosi dan kekuatan watak utama dalam menghadapi konflik yang berpunca daripada keluarganya sendiri.

Filem terbitan Mercusuar Film Indonesia itu mengisahkan Juminten, seorang wanita bisu dan pekak yang berusaha mempertahankan rumah tangganya bersama suaminya, Manto. Kehidupan mereka mula bergolak apabila ibu mentua Juminten, Salma, didakw mahu menghancurkan rumah tangga pasangan itu menerusi ilmu hitam.
Pelakon Meisya Amira yang membawa watak Juminten berkata, cabaran terbesar sepanjang penggambaran ialah menyampaikan emosi tanpa dialog. Bagi menghidupkan watak berkenaan, beliau menjalani latihan bahasa isyarat selama dua minggu dan dipantau oleh tenaga pengajar sepanjang penggambaran.
Sementara itu, Dimas Aditya yang memegang watak MAnto menampilkan karakter seorang suami yang sanggup berkorban demi cinta dan berusaha mencari punca perubatan isterinya. Filem itu turut dibintangi Anne J Cotto, Kukuh Prasetyo, Wina Marrino dan beberapa pelakon lain.
Untuk tayangan di Malaysia, Juminten Edan dibawakan oleh Inaman FIlms dan diedarkan oleh Juragan Kaya Sdn Bhd. FIlem berkenaan mengetengahkan persoalan tentang siapa sebenarnya yang dianggap “edan” atau gila dalam konflik yang melibatkan setiap watak.











