EU minat jalin kerjasama dengan Perak jaga alam sekitar - Utusan Malaysia

EU minat jalin kerjasama dengan Perak jaga alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Negara Kesatuan Eropah (EU) berminat untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Perak dalam usaha menjaga kelestarian alam sekitar dan hutan.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara itu dinyatakan oleh para duta dan Ketua Misi Diplomatik EU ke Malaysia dalam pertemuan yang berlangsung hari ini.

“Mereka amat berminat untuk terlibat sama dengan usaha yang telah kita lakukan berkaitan kelestarian alam sekitar serta hutan,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertemuan selama kira-kira dua jam itu dihadiri 17 duta dan wakil dari EU di Malaysia, antaranya Duta Austria, Dr. Michael Postl; Duta Belgium, Daniel Dargent dan Duta Jerman, Nikolaus Graf Lamsdorff. 

Semua duta dan wakil khas itu berada di sini sempena permukiman Ketua Misi EU yang bermula semalam dan akan berakhir hujung minggu ini. 

Ahmad Faizal berkata, pihaknya turut mengambil peluang pertemuan itu untuk menerangkan mengenai peluang pelaburan yang ada di Perak.

Mengenai perubahan kepimpinan, Ahmad Faizal berkata, perwakilan berkenaan kagum kerana ia berjalan dengan lancar. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini