SEKALUNG tahniah diucapkan kepada Dr. Maszlee Malik, Ahli Parlimen Simpang Renggam atas lantikan sebagai Menteri Pendidikan yang baharu melalui pengumuman Perdana Menteri pada 18 Mei 2018. Dalam suasana yang begitu mengujakan selepas Pilihan Raya Umum ke-14, rakyat Malaysia ternanti-nanti siapakah yang bakal memikul amanah untuk menerajui usaha memartabatkan pendidikan negara dalam era Revolusi Industri 4.0 ini, apatah lagi Kementerian Pendidikan kini kembali bergabung dengan Kementerian Pendidikan Tinggi di bawah satu…










