PENYANYI rap popular, Waris seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada terlibat dalam dunia lakonan. Penyanyi lagu Rembau Most Wanted itu juga mengakui lakonan bukanlah jiwanya selain mahu fokus kepada karier muzik. Bagaimanapun, penyanyi berusia 29 tahun itu tidak dapat memberi sebarang kata putus sama ada benar-benar nekad tidak mahu langsung terlibat dalam dunia lakonan kerana enggan terlalu berbicara tentang aturan masa depan yang memungkinkan kemustahilan menjadi realiti. Waris atau nama sebenarnya, Muzzammil…










