KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan bakal melaksanakan enam tindakan bagi menangani pelbagai isu berkaitan perkhidmatan dan kemudahan kesihatan bagi memastikan penyediaan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat. Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pertama, meningkatkan kapasiti hospital di bawah kementerian dengan membina fasiliti baharu dan pada masa yang sama menaiktaraf hospital sedia ada. Pada tahun 2010 terdapat 137 buah hospital dan institut di bawah Kementerian kesihatan Malaysia, dan jumlah ini telah…










