Enam pasar raya dikenakan kompuan - Utusan Malaysia

Enam pasar raya dikenakan kompuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 12 Jun – Empat buah pasar raya di daerah ini dikenakan kompaun kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan penjualan bahan makanan dalam ‘Ops Raya’, semalam.

Operasi dianjurkan bersama Jabatan Kesihatan Awam dan Kesihatan Alam Sekitar Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Pejabat Kesihatan Daerah dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan 30 orang anggota penguat kuasa.

Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Mohd Anuar Abd Rahman berkata, operasi bertujuan memastikan makanan yang dijual kepada orang ramai adalah selamat dan tiada aspek penipuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hasil pemeriksaan, sebanyak  350 daripada 531 item makanan yang diperiksa, didapati tamat tarikh luput, 28 lagi melibatkan bungkusan yang kemek dan berkarat, 23 makanan rosak dan satu kesalahan pelabelan.

“Ada barangan makanan yang telah tamat tempoh pada tahun lepas lagi masih dijual, kebanyakannya  adalah barangan keperluan harian pengguna antaranya beras ketupat, pasta sejuk beku, produk tenusu, kuih bahulu dan minuman bertenaga.

“Selain itu terdapat keperluan barangan asas seperti buah buahan dan sayuran yang dijual bercampur dengan produk yang telah rosak, berbau dan berkulat di samping rak pameran jualan yang tidak bersih,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini