Enam nelayan asing ditahan, tangkap ikan secara haram - Utusan Malaysia

Enam nelayan asing ditahan, tangkap ikan secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 21 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) negeri ini berjaya menahan sebuah bot bersama enam nelayan asing warganegara Vietnam yang menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.42 petang itu, sebuah bot bernombor pendaftaran BT93131 TS bersama enam nelayan asing sedang leka menangkap ikan di lokasi 111 kilometer (km) dari Kuala Tok Bali sebelum dihampiri Kapal Maritim (KM) Jujur yang menjalankan operasi.

Timbalan Pengarah APMM Kelantan, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata, nelayan terbabit cuba meloloskan diri dengan memecut bot mereka namun berjaya dikejar oleh pihak berkuasa.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua nelayan berusia 26 hingga 50 tahun dan bot yang digunakan tidak mempunyai sebarang dokumen serta pengenalan diri yang sah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN