Empat pos kawalan bomba dibuka di Perak - Utusan Malaysia

Empat pos kawalan bomba dibuka di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak membuka empat Pos Kawalan Bomba (PKB)  di laluan Lebuhraya Utara-Selatan di negeri ini bersempena Op Raya bagi memberi bantuan segera sekiranya berlaku kemalangan khususnya di jalan raya.

Pengarahnya, Datuk Yahaya Madis berkata, lokasi itu membabitkan Plaza Tol Tapah, Slim River, Kuala Kangsar dan Kamunting yang menempatkan 10 orang pegawai dan anggota berserta kelengkapan serta jentera yang bersesuaian.

Beliau berkata, dengan adanya pos kawalan itu, anggota bomba akan bergerak pantas dan dapat mengelak daripada menghadapi kesesakan lalu lintas ketika hendak memberi bantuan kecemasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita menjangkakan sekiranya berlaku kemalangan di lebuh raya ini, pihak bomba perlu sampai di tempat kejadian kurang daripada 10 hingga 20 minit,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bersempena Op Raya bagi meninjau pegawai dan anggota JBPM Perak di Plaza Tol Tapah di sini hari ini.

Beliau berkata JBPM Perak hanya membenarkan 20 peratus daripada 1,200 pegawai dan anggota bomba di seluruh negeri bercuti bersempena  Hari Raya Aidilfitri. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini