Empat maut, dua parah kereta terbabas - Utusan Malaysia

Empat maut, dua parah kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN 3 Jun – Empat orang maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh penghadang jalan di Kilometer 161.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8.49 pagi itu berlaku ketika kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Terengganu.

Sebelum kejadian, mereka dikatakan singgah di kawasan Rehat dan Rawat Temerloh sebelum meneruskan perjalanan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah, Shamsul Affendy Sulaiman berkata, empat mangsa tersepit dalam kejadian berkenaan.

“Empat mangsa iaitu tiga wanita dewasa dan seorang lelaki dewasa meninggal dunia manakala dua lagi penumpang cedera,” katanya di sini hari ini.

Menurut Shamsul Affendy, mangsa yang maut dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat manakala yang cedera mendapat rawatan di hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN