KUALA LUMPUR 8 Jun – Tampil menerusi tiga buah drama popular sekali gus, Elmy Moin, 28, bersyukur kerjaya seninya pada tahun ini dilihat kian berkembang setelah sekian lama menceburi bidang lakonan. Mendukung tiga watak yang mengundang rasa benci dalam kalangan peminat drama Melayu tempatan, Elmy atau nama sebenarnya Abdullah Helmy Abdul Moin bagaimanapun gembira atas maklum balas positif tersebut. Katanya, ketiga-tiga watak iaitu Marzuki yang didukung dalam drama Nur, Farouk…










