TIADA siapa mahukan persengketaan berlaku dalam hidup, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pertalian darah yang tidak akan terputus sehingga ke akhir hayat. Bagi penyanyi dan pelakon Elly Mazlein, biarpun umum sudah mengetahui sengketa antara dirinya dengan bekas suami, pengarah Azmi Hatta sejak bercerai pada tahun 2015, namun sebagai ibu kepada Putri Sara Sefhia, dia tidak boleh menafikan hak anaknya untuk bertemu dengan si bapa. Mengambil berkat sempena kemuliaan Syawal, Elly…










