PUTRAJAYA 22 Jun – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memaklumkan pemberian Elaun Sara Hidup (ESH) secara bulanan kepada golongan nelayan tidak akan dihentikan. Sebaliknya, bantuan yang dihentikan sebagaimana dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah merujuk kepada insentif tunai secara ‘one-off’ yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini kepada nelayan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, pemansuhan insentif tunai secara one-off itu disahkan…










