Ee Yi, Yew Sin gagal teruskan kecemerlangan - Utusan Malaysia

Ee Yi, Yew Sin gagal teruskan kecemerlangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jun – Beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin gagal meneruskan rentak cemerlang selepas tersingkir pada pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasangan No. 2 negara itu tewas 15-21, 21-17, 16-21 kepada Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe dari Jepun dalam aksi yang berlangsung lebih sejam.

“Saya akui, kami terlalu teruja untuk menang selepas menewaskan (Mathias) Boe (dan pasangannya, Carsten Mogensen) semalam, jadi perkara itu membuatkan kami berada dalam keadan tertekan.

“Set kedua kami bermain dengan baik tetapi set ketiga mereka lebih fokus dan pukulan mereka lebih baik daripada kami,” kata Ee Yi selepas tamat permainan.

Terdahulu, beregu wanita negara, Lim Chiew Sien-Tan Sueh Jeou turut terkandas selepas tewas kepada Delia Destiara Haris-Rizki Amelia Pradipta dari Indonesia 15-21, 15-21. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini