KUALA TERENGGANU 28 Jun -Kecintaan Mokhtar Yusof,65, terhadap buku sehingga menjadikan rumahnya sebagai perpustakaan persendirian untuk kemudahan umum yang dinamakan Dusun Buku ternyata berterusan sehingga akhir hayat. Sebilangan buku yang dibeli melalui dalam talian baharu sahaja sampai ke rumah di kampung Dusun, Kuala Ibai di sini dalam beberapa bungkusan namun belum sempat dibuka setelah Allahyarham tiba-tiba uzur beberapa hari lalu. Bekas warga pendidik itu yang meninggal dunia di hospital Sultanah Nur…










