GERIK – Dua anggota tentera maut manakala dua lagi cedera selepas dihempap sebatang pokok balak jenis keruing sewaktu sedang tidur di dalam khemah setelah bertugas dalam operasi di Hutan Royal Belum di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, mangsa Koperal Mohd. Safuan Hassan, 30, dan Lans Koperal Fahrurazi A. Manaff, 32, yang bertugas di 8 Rejimen Renjer Diraja (RRD) disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Dua lagi anggota tentera iaitu Koperal Mohd. Haizol Kamsiran dan Renjer Willian Nisau Anak Atong patah kaki, paha selain luka pada badan dan tangan.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, siasatan awal mendapati keempat-empat mangsa dipercayai telah mendirikan khemah di bawah sebatang pokok besar.
Katanya, sewaktu kejadian, berlaku hujan lebat dan ribut kencang sehingga menyebabkan pokok tersebut tumbang sebelum menghempap kesemua mangsa yang sedang tidur.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











