IPOH 2 Jun – Spritzer Berhad (Spritzer) dan Yee Lee Corporation Berhad hari ini menyumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan Malaysia (THM). Kedua-dua syarikat pengeluar jenama produk terkenal dari negeri ini yang beribu pejabat di Taiping dan Ipoh itu masing-masing menderma sebanyak RM500,000. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Spritzer Berhad, Dr. Chuah Chaw Teo dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yee Lee Corporation Berhad, Lim Ee Young kepada Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming. Sementara itu, Kor Ming berkata, derma oleh dua syarikat tempatan itu merupakan sumbangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya