LIMBANG 5 Jun – Dua remaja yang menunggang motosikal maut dalam kemalangan di Simpang Ranggau, Jalan Airport di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, dua mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Mohammad Azlan Abdul Hamid, 18, dan Harreild Hellvian Hary, 16. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu, sebelum kejadian, Mohammad Azlan dikatakan sedang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Limbang…










