Dua ditahan serang pemuda hingga maut - Utusan Malaysia

Dua ditahan serang pemuda hingga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Jun – Dua lelaki ditahan selepas dipercayai menyerang seorang pemuda sehingga maut dalam kejadian di Metro Square, PJS 2, Petaling Jaya dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam itu, kedua-dua suspek bersama 18 lagi rakannya datang ke sebuah kedai mencuci kereta dimana tempat mangsa melepak.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, kesemua lelaki terbabit kemudiannya bertindak menyerang mangsa menggunakan parang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, mangsa yang parah terus melarikan diri ke arah kawasan Metro Square sebelum terjatuh ditepi Jalan PJS 2B/3, Petaling Jaya dekat sini dimana jarak kira-kira 200 meter dari tempat dia diserang.

“Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dibahu sebelah kiri manakala lengan kirinya hampir putus kesan ditetak.

“Selain itu, terdapat juga luka di pergelangan tangan kiri mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini