Dua daerah di Terengganu mungkin alami masalah air - Utusan Malaysia

Dua daerah di Terengganu mungkin alami masalah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Hampir 22,300 penduduk di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dijangka mengalami masalah gangguan bekalan air pada Aidilfitri nanti ekoran masalah penggunaan air  yang melebihi kapasiti pengeluaran ketika musim perayaan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU), Ir. Atemin Sulong berkata, kapasiti pengeluaran air di kedua-dua daerah itu ialah 180 juta padu  sehari sedangkan  ketika  musim  perayaaan itu nanti pengunaan dijangka meningkat kepada 240 juta padu sehari.

“Ini menyebabkan ada kawasan yang mengalami tekanan air yang rendah dan ada pula kawasan yang terputus bekalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 17,500 penduduk terjejas ialah di sekitar daerah Kuala Terengganu manakala 4,800 penduduk lagi ialah mereka yang berada di sekitar daerah Kuala Nerus.

Antara kawasan yang terlibat ialah di Kampung Bukit, Kampung Surau Haji Daud, Kampung Surau Panjang , Kampung Tok Dir, Kampung Tok Pong, Kampung Tok Peh, Kampung Surau Haji Yaakob, Kampung Chendering, Kuala Ibai, Tok Adis, Padang Negara,

Kampung Mengabang Tengah, Kampung Gong Tok Nasek, Kampung Pak Maseh, Kampung Nibong dan Perumahan Permint Jaya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini