Dua budak lelaki berbasikal lajak parah - Utusan Malaysia

Dua budak lelaki berbasikal lajak parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 29 Jun – Dua budak lelaki yang menunggang basikal lajak parah dipercayai terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Ciku, Taman Sri Aman dekat Yong Peng, sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pukul 1.15 petang itu, kedua-dua mangsa yang berusia 11 tahun dipercayai menaiki sebuah basikal dengan salah seorang daripadanya membonceng basikal yang dipercayai telah diubah suai.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, maklumat awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai keluar simpang secara tiba-tiba dan memasuki laluan kereta yang dipandu lelaki berusia 59 tahun.

“Pemandu itu gagal memberhentikan kenderaannya dan melanggar basikal dinaiki kedua-dua mangsa. Kedua-duanya cedera parah dan terbaring di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi, di sini sebentar tadi.

Mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.

Abdul Wahib pada masa sama menasihati ibu bapa untuk mengawasi anak masing-masing dan polis tidak teragak-agak merampas basikal lajak yang digunakan di atas jalan raya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN