KUALA LUMPUR 8 Jun – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun terhadap dua bekas pegawai kanan Felda selepas didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah dana agensi itu sebanyak RM47.6 juta, empat tahun lalu. Hakim Allaudeen Ismail memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu melangkaui keraguan munasabah. Bekas Timbalan Pengarah Besar Sumber Strategik, Muhammad Sufi Mahbub dihukum penjara lima tahun…










